Abby Abadi Nasihati Erra Fazira Yang Kalimah Allah Digunakan Oleh Ahli Politik Bukan Sesuka Hati Jadi Tular

Tular isu kalimah Allah yang digunakan oleh ahli politik baru-baru ini sehinggakan primadona Malaysia, Erra Fazira bersuara di Instagramnya. Walaupun dia akui tidak berminat dengan dunia politik, namun dia tidak senang dengan tindakan sesetengah pihak yang sesuka hati menggunakan nama Allah.

Dalam masa yang sama, di ruangan komen, pelakon Abby Abadi menulis agar rakyat Malaysia untuk peka dan ambil tahu mengenai urusan pentadbiran negara.

Rakyat Perlu Ambil Tahu 

Menerusi posting yang dibuat oleh pelakon Erra Fazira, Abby dengan tegasnya berkata sebagai rakyat Malaysia, orang ramai perlu mengambil tahu tentang perkara yang melibatkan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia kena ambil tahu tentang urusan pentadbiran negara kita. Kalau nak tunggu minat baru ambil tahu hujung pangkal cerita, alamat memang diperbodohkan jelah kita semua sampai bila-bila”, komennya di Instagram.

Ujar Abby, sesetengah pihak perlu mengenepikan soal tidak minat dan tidak mahu ambil tahu kerana ia penting untuk setiap rakyat. Sikap ambil mudah dan tidak minat ini boleh meletakkan negara dan rakyat di tempat yang tak sepatutnya.

Lim Kit Siang Tak Salah?

Foto: Malakat Tribune

Sementara itu, Abby mempertahankan kenyataan Lim Ki Siang mengenai isu ‘Kerajaan Allah’, dan berpendapat pemimpin itu tidak mempermainkan nama Allah.
“Assalamualaikum kak @errafazira jangan terpengaruh dengan benda yang kita tak jelas kak. Dia tak mainkan pun nama ALLAH. Dia ulas je bila tengah cakap pasal Kerajaan ALLAH. Sebab dia bukan ISLAM, jadi orang hentam.. Susah nak terangkan dekat sini”

“Kena ambil tahu dari mula, isu rasis ini dimainkan begitu lama sampai orang Malaysia jadi bergaduh sesama sendiri padahal yang berkuasa & menyusahkan rakyat malaysia selama ni orang kita sendiri. Kena ambil tahu dari hujung pangkal, maaf.” tulisnya di ruangan komen.
Tambahnya lagi, rakyat mudah dipermainkan dan diperbodohkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab jika tidak tahu mengenai isu semasa pentadbiran negara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: