Lima Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Angkara Covid-19

Kebahagiaan 5 beradik seakan ‘diren tap’ apabila ibu dan bapa mereka mening gal dunia disebabkan pandemik Covid-19.

Menerusi Berita Harian, Muhammad Haidir tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video oleh ibunya merupakan amat terakhir buatnya bagi mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik.

Ibu pesan jaga adik baik2

Ujian berat buat lima beradik bermula apabila ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, disusuli ibunya, Nazita Idris, 45, yang mening gal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jena zah ar wah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya ketika dihubungi.

Muhammad Haidir yang juga merupakan anak sulung dari 5 beradik kini menetap di rumah peninggalan ar wah bapa di Bandar Sunggala, Port Dickson bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi yang berusia tujuh tahun.