Tue. Sep 21st, 2021

Belum reda dengan isu songlap duit bantuan, pelakon Zara Zya sekali lagi teruji apabila muncul pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenang mewujudkan akaun Instagram p.alsu menggunakan wajahnya untuk tujuan pen.ipuan.

Zara menerusi hantaran dalam Instagram meminta peminat dan pengikutnya untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik kotor individu tersebut yang kononnya menjual barang elektronik serta menawarkan pelbagai hadiah.

Kredit foto: IG Zara

“Jangan terpedaya. Saya s.aman awak @zarazya_iphone_giveaway_fanpg. Tolonglah saya dah k.oyak dan penat sekarang ni.

“Hari itu kena t.uduh songlap duit bantuan, sekarang ada orang ambil kesempatan pula guna nama saya buat peraduan iPhone. Lepas ni tak tahu apa pula.

“Saya tak mahu kalau ada yang tert.ipu, akan salah saya, buruk lagi nama saya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Letih dan tertekan dengan perangai tidak beretika sesetengah pihak, pada hantaran sama, pemilik nama lengkap Zainurul Razia Mohd. Zainuddin turut mengingatkan individu berkenaan agar berhenti membuat perkara sia-sia itu.

“Tolonglah saya dah k.oyak dan penat sekarang ini!

“Kalau terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, k.ibar je bendera putih. Ramai akan datang membantu. Tak payah nak buat benda kotor ni, menyusahkan orang saja.

“Benda ni 100 peratus s.cam (t.ipu), tolong semua pengikut jangan tert.ipu ya. Kalau saya dapat t.angkap, saya akan s.aman awak,” katanya lagi.

Perkongsian Zara mendapat pelbagai reaksi pengikut dan masing-masing bertindak melaporkan kewujudan akaun p.alsu tersebut dalam Instagram.

Di sebalik k.ecaman yang diterima, ternyata usaha murni Zara turut difahami banyak pihak dan memberi kata-kata semangat agar pelakon itu terus kuat.

“Ini semua ujian Allah, kita buat baik lepas tu upload  (kongsi) gambar orang cakap kita menunjuk, bila kita tak upload org cakap kita tipu. Itu lumrah. Sabarlah, percayalah Allah SWT uji untuk kita sentiasa ingat kepada Dia. Jangan down (hilang semangat), bangkit dan jangan kisah apa orang cakap. Kalau awak down mereka memang nak tengok kejatuhan seseorang. Jangan mengalah untuk bantu orang,” tulis seorang pengikutnya.

Kelmarin, pelakon drama Pia itu mengakui sangat terkesan dan kecewa akibat t.uduhan makan duit h.aram dan did.akwa mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain menerusi kerja kebajikan yang dilakukan menggunakan platform badan bukan kerajaan (NGO) Malaysiaprihatin miliknya.

Tidak cukup dengan itu, bekas tunang kepada pelakon Hafreez Adam itu turut kecewa dan terkilan apabila setiap perkongsiannya berhubung kerja-kerja kebajikan pasti akan mengundang kec.aman negatif dan dikatakan menunjuk-nunjuk daripada netizen.

Sumber: K! ONLINE via cari

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Gossip Bawang

ZARA ZYA

Terdahulu Zara Zya sedih, kecewa dituduh songlap duit bantuan

PETALING JAYA – Luluh hati pelakon Zara Zya apabila hingga kini masih ada pihak yang memandang serong dan mendakwa dirinya mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Zara berkata, dia tidak tahu kenapa dirinya terus menerus dituduh makan duit haram sedangkan berniat melakukan kebaikan menerusi kerja-kerja kebajikan dan perkara tersebut sangat dikesalkannya. Tidak cukup dengan itu, setiap perkongsiannya berhubung kerja-kerja kebajikan pasti akan mengundang kecaman negatif dan dikatakan menunjuk-nunjuk daripada netizen.

“Saya kecil hati, saya kecewa sebab apa yang saya tahun saya buat kerana ikhlas. Saya memang suka tolong orang. Saya suka kongsi rezeki dengan orang. Dari dekat sekolah sampailah sekarang.

“Jadi sampailah sekarang saya gunakan nama saya Zara Zya untuk ajak orang ramai sama-sama buat kebaikan dan kebajikan. Saya nak bantu lebih ramai orang. Duit saya sendiri tak cukup untuk semua orang.

“Bila saya buka laman web Malaysiaprihatin, orang tuduh saya macam-macam. Makan duit haramlah, ambil hak dan rezeki orang lainlah,” katanya sambil menangis menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya malam tadi.

Dalam hantaran video berdurasi hampir satu jam tersebut, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin turut tidak faham dengan segelintir penyumbang dalam web berkenaan yang ketelusan pengagihan wang bantuan telah dihukurkan.

“Mereka bagi sumbangan akan dapat resit. Saya tahu laman web itu baru dibuka. Demi Allah sumbangan itu bukan untuk saya tetapi untuk orang lain. Kalau boleh keluar jauh saya mahu jumpa lebih ramai orang tetapi keadaan yang tak mengizinkan, sekarang masih Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya dah buat macam-macam tapi orang tetap tak nak support (sokong) saya. Kenapa? Bukan senang saya nak buat laman web tersebut.

“Bukan senang juga saya nak dapat dan kumpulkan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang saya ada hingga kini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Pia itu turut meminta orang ramai terus menyokong dan mendoakannya selain menyifatkan dugaan yang diterima sebagai asbab untuk dia terus melakukan kebaikan kepada lebih ramai dengan kerja-kerja kebajikan.

Terdahulu, Zara berbekalkan modal simpanannya sendiri mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web, www.malaysiaprihatin.com pada tahun bertujuan menyediakan platform sah dan telus untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.

Bagaimanapun, hingga ke saat ini, niat murni dan ikhlasnya sering disalah erti, dipertikai dan dipersoal segelintir netizen yang melabelkannya hanya mengambil kesempatan dan sekadar menunjuk-nunjuk. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *