Tue. Sep 21st, 2021

Semalam, selebriti penuh kontroversi, Noor Neelofa Mohd Nor, 33 dan suaminya Muhammad Harris Mohd Ismail, 26 teah mengakui tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat(PKPB) di Mahkamah Majistret Seremban.

Gambar tular tak pakai pelitup muka

Namun, disebalik isu berkenaan, gambar Neelofa yang didakwa tidak memakai pelitup muka ketika hadir ke mahkamah pula mejadi sorotan netizen apabila lekuk wajahnya kelihatan disebalik niqab nipis yang dipakai.

Gambar yang diperoleh daripada Malaysia Gazzette itu telah tular dan menjadi perdebatan netizen di media sosial.

Kertas siasatan dibuka

Sehubungan dengan itu, menerusi Astro Awani, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisoner Mohd. Said Ibrahim berkata, kertas siasatan dibuka susulan Neelofa tidak mematuhi SOP dengan tidak pemakaian pelitup muka sepertimana diwajibkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh,” katanya

Tambah Mohd Said, KKM telah menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa pemakaian pelitup muka di semua tempat awam sudah dikuatkuasa mulai 1 Ogos 2020 selepas pihak kerajaan mewajibkan hal tersebut.

“Oleh yang demikian, satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A)225/2021],” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban  juga memaklumkan bahawa pihak mereka sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar SOP ditetapkan KKM dan tidak teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa yang didapati bersalah.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *