Najib Tanya Satu Soalan Padu Yang Ismail Sabri Sendiri Tak Dapat Nak Jawab Tentang Isu PKPD Tidak Bersambung

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di negeri Selangor yang tamat pada hari ini tidak dilanjutkan.

“Sidang khas MKN telah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa dan bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim yang terbabit,” kata Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

MKN pada 1 Julai lalu memutuskan untuk melaksanakan PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.

Ismail, ketika itu menteri kanan keselamatan, berkata keputusan itu dibuat mengambil kira trend jangkitan yang tinggi dan meningkat serta nilai kebolehjangkitan yang berada pada tahap lingkungan 1.00.

Katanya, situasi itu membimbangkan, mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baru yang lebih ganas iaitu Beta, Delta dan Alpha.

Kes baru Covid-19 di Malaysia kini memasuki lima angka untuk tiga hari berturut-turut dengan rekod tertinggi lebih 13,000 kes semalam.

Najib Razak Pening Dengan Apa Yang Terjadi

Selepas Menteri Ismail Sabri merangkap Timbalan Perdana Menteri umum PKPD di Selangor akhirnya tamat walaupun kes masih di tahap atas sepuluh ribu, bekas Perdana Menteri Malaysia beri satu soalan cepuemas.

PKPD tamat ni maksudnya?

Kedai makan dah tak tutup 8pm?

Tutup pukul 10pm?

Sekejap 8. Sekejap 10.

Pening pening.

Rata rata maklumat yang ditemui hanya memberitahu bahawa PKPD telah tamat tetapi tiada maklumat berkenaan larangan yang sebelum ini seperti kedai makan boleh beroperasi atau tidak.

Ramai juga yang meninggalkan komen pada status Najib Razak tersebut.

“Kena LUKIS ni DSNR. Saya pun dah konfius ni, mana yg bukak, mana yg tak? Rasanya tempat yg kes masih tinggi, disambung sampai 31 Julai”

“Maksud dia Huruf ‘D’ dipadamkan. Yg laen2 sama jer Dato. Xde beza dari dulu blh ke sana ke sini”

“Entah la. Pkpd pun kt banting cm tk PKPD laki aku yg keluar g pos kata ada yg keluar family naik kete. Lepak2 kat taman”

Sumber : HMETRO ONLINE / FB NAJIB RAZAK

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.