Tue. Sep 21st, 2021

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) semalam memutuskan lebih banyak sektor kini dibenarkan beroperasi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor bermula hari ini.

Menurut Astro AWANI, keputusan tersebut juga telah dipersetujui dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibincangkan bersama antara MITI, Menteri Kewangan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

71625664503 Tbmiti
>Sumber: Astro AWANI

Sektor yang dibenarkan beroperasi adalah seperti berikut:

  • Elektrik dan elektronik serta rantaiannya
  • Aeroangkasa (penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan) 
  • Mesin dan peralatan yang khusus kepada pengeluaran produk kesihatan dan makanan 
  • Syarikat pembuatan makanan dan minuman utama 

Langkah tersebut diambil atas alasan sektor-sektor ini dilihat sebagai penting dalam rantaian bekalan antarabangsa dan tempatan.

MITI ingin memaklumkan keputusan ini dibuat berikutan peranan sektor-sektor ini yang penting dan signifikan dalam menyokong pengeluaran produk-produk di dalam rantaian bekalan global serta pengeluaran kritikal bagi sektor kesihatan dan makanan dan minuman di dalam negara,” katanya.

614475
Sumber: Sinar Harian

Menurutnya lagi, syarikat-syarikat dalam sektor terbabit boleh memulakan semula operasi dengan menggunakan surat kelulusan COVID 19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 sedia ada yang mempunyai akronim ‘PKP 3.0’ serta bertarikh Jun 2021 ke atas.

Senarai produk makanan dan minuman utama terbabit telah disenaraikan dalam SOP Pengilangan dan Pembuatan PKPD Selangor di laman web MITI.

Sumber : lobakmerah

 

Terdahulu Kilang degil tidak akan terlepas, penguatkuasa MITI beroperasi 24 jam

Kilang degil tidak akan terlepas, penguatkuasa MITI beroperasi 24 jam
Penguatkuasa MITI mengeluarkan kompaun ke atas majikan yang gagal memastikan pekerjanya gagal melakukan imbasan MySejahtera pada Jumaat. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) masih mengesan sikap sebahagian pengusaha kilang yang degil dan gagal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Pengarah Pasukan Petugas Khas Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MITI, Shukri Firos Rahman sebahagian mereka dikenakan kompaun dan arahan penutupan akibat kegagalan tersebut.

Jelasnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan, lebih 300 operasi telah dijalankan ke atas premis-premis kilang bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi arahan semasa.

“Kita sebenarnya sekarang ini beroperasi selama 24 jam setiap hari tanpa mengira cuti umum atau cuti hujung minggu sebab seperti mana yang kita sedia maklum ada industri kilang yang memang dibenarkan beroperasi 24 jam.

“Kita juga buat lawatan khususnya di waktu malam. Sebab ada juga yang menyangka, waktu malam ini kita dah tidak lawat, jadi mereka longgarkan sikit daripada sudut SOP.
“Jadi, waktu malam ini biasanya mereka dapat tangkap kes tidak pakai pelitup muka,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan operasi pemeriksaan di sekitar Shah Alam pada Jumaat.

Tambah beliau, kes yang paling tinggi pelanggaran SOP adalah membabitkan kegagalan dalam mematuhi penjarakan sosial di tempat kerja.

Jelasnya, MITI akan melakukan pemeriksaan segera sekiranya terdapat aduan daripada orang ramai atau pekerja kilang terbabit.

Malah, katanya MITI juga sentiasa memantau sehingga ke peringkat media sosial sekiranya terdapat unsur pelanggaran peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh kilang-kilang di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Yang pertama, kita bagi keutamaan yang tinggi kepada aduan orang ramai. Aduan orang ramai ini ada pelbagai cara, ada yang kita terima terus kepada MITI, ada yang kita terima daripada jabatan lain dan ada juga yang kita terima daripada media sosial termasuk yang ‘tag’ MITI,” ujarnya.

Pada serbuan yang dilakukan pada Jumaat juga, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 terhadap sebuah kilang yang gagal memastikan pekerjanya melakukan imbasan MySejahtera.

Manakala sebuah lagi kilang diarahkan ditutup kerana melanggar syarat operasi yang dibenarkan oleh MKN.

Sumber : astroawani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut;

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *