Fri. Dec 3rd, 2021

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama aku nak ceritakan kisah aku di sini tapi aku risau ramai orang dekat luar sana akan takut nak berpasangan, kahwin dan sebagainya. So, aku rasa baik juga aku cerita dekat sini supaya mana mana yang sedang berpasangan, dah kahwin atau bakal kahwin dapat amik pengajaran dan tak buat benda yang sama macam aku alami.

Aku kahwin umur 17. Sekolah pun tak habis, sedangkan mak ayah aku dah setuju nak kahwinkan aku lepas habis SPM. Tapi sebab kan masa tu teman lelaki aku, aku panggil dia Abang, nak pergi kerja ke Selangor, aku mati matian nak ikut. Abang dengan aku satu sekolah, dia dua tahun lebih tua dari aku.

Aku kenal dia masa form 1 lagi. Satu sekolah kenal dia, sebab masa tu dia kegiilaan sekolah. Baby face, tinggi, putih. Walaupun budak kelas belakang, dia ada ramai peminat dan kakak kakak angkat. Kebanyakkan budak budak sekolah pun datang dari kawasan perumahan yang sama.

Sebab sekolah kitorang ni betul betul di tengah tengah kawasan perumahan, yang baru dan lama. So, luar kawasan sekolah pun, kitorang selalu nampak Abang pusing pusing naik motor dengan geng dia dekat taman.

Aku pula, duduk dekat perumahan baru, area rumah ada-ada, 2 tingkat dan ada guard house yang jaga. Ayah aku kerja pangkat besar di pejabat daerah, mak aku ada syarikat belajar memandu dan ambil lesen kenderaan.

Masa sekolah, semua okay. Aku budak yang quite perform. UPSR aku masa tu dah meletakkan aku dekat kelas depan, PMR aku 1A7B, tu pun masa tu aku dah kemaruk brcinta dan main motor, tak belajar.

Sampai sekarang aku menyesal, kalau lah aku pun some more effort, mungkin aku boleh capai lebih baik. Berbalik pada kisah aku dengan Abang, aku yang mula mula approach dia sebab memang dah rasa suka dekat dia. Aku minta nombor tel dia dari member kelas lain, masa tu zaman sms 1 sen.

Mula mula kenalkan diri dekat sms pun dah tahu dia ni banyak peminat. Punya lambat dia balas sms tuhan saja la tahu. Pastu selalu duk hantar sms ayat ayat manis zaman dulu punya pick up line. Entah dari mana dia dapat, aku pun tak tahu.

Mungkin crush crush dia juga la yang bagi. Dia dapat, dia sent dekat orang lain pula.

Budak budak sekolah lain pun kenal Abang ni sebab ramai peminat. Masa aku mula mula dapat rapat dengan dia, kecoh lah satu sekolah.

Siap ada yang datang menyerang bagai sebab tak puas hati. Tapi aku dengan Abang tetap makin rapat. Masa tu, aku slow slow minta belajar motor dengan kakak aku form 4. Dah dapat bawa tu, aku bawa skuter dia hampir tiap tiap petang untuk melepak dengan geng Abang.

Geng dia pun jeis budak budak taman juga, campur lelaki perempuan dan mostly couple.

Tahun makan tahun, aku makin rapat dengan Abang, tak kira masa dan hari aku spent masa dengan dia. Habis sekolah pergi lepak, makan semua. Balik lewat malam. Mak ayah aku sibuk, adik beradik aku 7 orang.

Dorang pun kadang tak peduli aku balik pukul berapa, entah perasan ke tak aku ada dekat rumah. Yang dorang tahu, setiap bulan panggil anak anak bagi duit belanja bulan.

Aku masa tu duit buat lepak saja, dekat sekolah boyfren dah belanja makan. Pendek cerita, lepas setahun lebih Abang duduk dekat rumah lepas SPM, dia kerja biasa biasa saja. Ikut orang ikat simen, pastu berhenti kerja tolong pula orang jual burger, macam macam la kerja dia buat on-off.

Dia dpt offer kerja dekat site buat bangunan apartment dekat Subang. Aku masa tu form 5.

Abang ajak aku ikut dia, duduk dengan dia. Parents aku tak bagi, suruh aku exam dulu baru kahwin.

Tapi aku mengamok nak pergi. Ayah aku kurung aku dalam bilik pun tak jalan, aku pecahkan semua benda dalam rumah sebab mengamok nak ikut Abang. Mak ayah aku pergi jumpa mak ayah Abang, suruh Abang jangan dekat dengan aku lagi, tapi aku degil juga nak pergi.

Aku confess dekat parents aku, aku dah tidur pun dengan Abang masa form 4. Suka sama suka. Dh lebih 3 kali. Mak ayah aku trkejut, pkul pkul aku. Marah m4ki h4mun semua la sebab tak percaya dengan apa yang aku dah buat. Bulan 4 tahun tu, aku berhenti sekolah dan ikut Abang ke Selangor.

Mula mula kahwin tu memang semua nya indah bagi aku, ayah bagi duit dekat aku banyak. Dengan duit tu boleh sewa rumah murah murah dekat area Puchong. Tapi tak lama, duit makin habis, gaji Abang pun management sangat culas. Kejap lewat kejap on time. So aku dengan Abang pindah duduk asrama pekerja.

Duduk dekat situ la paling mencabar sekali, sebab asrama tu tak berbilik. Jadi mana mana yang dah ada keluarga atau bawa pasangan kena buat dinding masing masing. Ada yang guna selimut, ada yang guna baju baju sendiri saja jadi penghadang. Pastu rata rata nya pekerja ind0nesia.

Bangla tak ada sangat lagi dekat site masa tu. So banyak la juga awek awek Indon yang ikut pasangan masing masing duduk dekat situ. Paling siksa bila dorang ni nak buat ‘tidur’, memang tak hirau dah, ada orang ke tak dalam asrama tu. Dorang buat juga balik kelambu masing masing. Sedangkan jelas kedengaran.

Aku tak tahan dengan situasi macam tu, tapi aku tak pernah push Abang sebab aku tahu dia dah cuba habis baik untuk dapat duit bagi aku makan. Tak lama lepas tu, kurang setahun juga, abang ipar aku dapatkan Abang kerja, jadi pembantu restoran nasi campur dekat Kajang. Dekat situ, owner bagi duduk tingkat atas kedai.

Luas la, tapi banyak barang barang kedai. Kerusi, meja, periuk belanga. Tapi aku dengan Abang susun cantik dan kemas. Ruang lain tu kami buat bilik, dapur, tempat letak baju dengan barang barang kami sendiri.

Boss Abang pun bagi tv dekat atas. So Abang kerja aku boleh rehat dekat atas. Aku tak pernah kacau dia kerja, aku percaya dekat dia kerja dekat bawah tu. Boss dia pun suka dia kerja, orang lain dapat RM40-50 sehari, tapi Abang dapat RM70 sehari. Tempat tinggal percuma, makan aku dengan Abang pun boss tampung.

Memang aku bersyukur sangat. Masa tu memang aku dah rasa percaya balik dengan hidup aku, aku start sembayang. Walaupun tak cukup, kadang kadang ada waktu Subuh aku terepas, tp aku tak berhenti utk belajar sembahyang. Aku rasa hidup aku makin tenang, makin banyak ruang untuk bernafas.

Berbanding sebelum sebelum tu, aku rasa sesak, aku rasa hidup aku betul betul dihimpit kesusahan. Keterdesakan hidup dan macam macam ujian lagi yang aku rasakan agak peribadi untuk aku kongsi. Hubungan aku dengan ayah mak pun makin baik, sebab masa tu betul betul aku dapat buktikan dekat dorang yang aku buat keputusan yang tak salah.

Abang dah kerja elok, kami dah boleh menyimpan sikit. Abang dah beli motor baru, hujung minggu masa tu pergi Alamanda pusing pusing pun dah happy giila hidup aku. Tak beli apa pun, kadang makan M-CD saja, tapi bila ada Abang sebelah aku, aku rasa happy giila. Aku rasa aku tak perlu ada apa lagi di dunia, Abang sahaja dah cukup.

3 tahun lepas kahwin, aku pregnant. Masa kandungan dah masuk 6 bulan, Abang suruh aku balik rumah mak ayah, rehat dekat rumah sampai aku habis pantang. Nanti dia akan balik jaga aku dan minta cuti dengan boss dia. Dia suruh aku balik sebab kesian dengan aku nak ulang alik klinik atau mana mana naik tangga turun tangga banyak.

Aku pun balik, mak ayah Abang pun sangat prihatin dekat aku. Teman aku ke sana ke sini, petang petang pergi ajak lepak makan cendol bawak mak buyung. Abang balik masa aku nak dekat due. Dia kata ada sewa rumah RM500 sebulan, 10km juga dari kedai, tapi selesa la sikit duduk rumah. Aku happy giila suami bawa balik berita gembira macam tu.

Lepas bersalin, aku dapat anak lelaki, aku bagi nama Izzat Ryan. Balik ke Kajang, aku duduk rumah fokus jaga anak. Tengah hari, ada runner kedai akan hantarkan lauk, kadang kadang kuih, macam macam lah yang Abang kirimkan ke rumah. Aku memang rasa bertuah, semua benda aku post dekat FB juga masa tu.

Sebab aku rasa masa masa macam tu la aku boleh tutup mulut mulut haters yang mengata aku sebab kahwin awal, tak habis sekolah, kahiwn dengan lelaki tak ada masa depan bagai semua.

Ramai yang komen kata beruntunglah, puji laki aku. Aku rasa luka luka aku yang aku telan selama tu, mula terubat. Tapi, apa yang aku harap kekal sampai ke petang, ribut petir melanda di tengah hari.

Masa Ryan dah masuk umur 2 tahun, Abang mula berubah. Dia selalu balik lewat. Dia banyak main telefon sorang sorang dia, selalu juga dia memerap dalam bilik sorang sorang tak duduk depan TV dengan aku dan anak.

Bila aku datang dekat dengan dia nak manja manja dia tepis. Bila aku nak bercerita apa apa dengan dia, dia buat tak dengar. Aku dah syak something yang very obvious, dia ada perempuan lain. Aku masih beri dia peluang untuk terus terang dengan aku.

Aku tak ada nak perli perli dia ke apa, aku cuba tengok diri aku sendiri dan ubah. Sebab aku sibuk salahkan diri aku, mungkin sebab ada apa apa yang kurang dekat diri aku la, dia cari lain. Aku melaram pagi petang siang malam untuk dia, aku text dia setengah jam sekali.

Hari hari aku tanya dia, apa dia buat, dah makan ke belum. Sebiji macam SMS aku hantar masa kami mula mula couple dulu. Tapi Abang tak layan, aku miscalled untuk dia perasan text aku.

Tapi dia marah marah. “Saya ada kerja la, awak nak apa?”. Bila dia balas macam tu, aku dah give up. That’s it. Sampai situ saja la. Bini kau wassap call semua, kau boleh tanya nak apa? Nak perhatian kau la, nak jawapan. Selama ni kau kerja elok saja kau text aku semua, call bergayut sambil buat kerja.

Tapi bila dia balas macam tu memang buat aku menangis. Dengan terus ber’awak awak’, hilang terus sayang dekat mulut. Padahal bertahun tak pernah panggil ‘awak-saya’. Aku kecil hati giila.

Malam tu aku tanya dia.

Rapuh remuk patah hati aku bila dia kata dia memang ada someone dan dah siap plan nak kahwin cuma perlukan persetujuan aku sahaja untuk nikah. Aku sedih, aku terdiam. Aku rasa apa yang aku korbankan untuk dia selama ni sia sia. Dia ambil orang lain letak dekat hati dia.

Tapi, aku masa tu nekad, aku nak marah sangat. Aku tak mahu nak pergi serang serang orang, aku sign surat tu. Aku nak tengok sendiri, berapa lama orang tu boleh jaga makan minum dia. Bila aku tanya, siapa orang tu? Dia bagitahu yang perempuan tu adik boss dia. Sebaya dengan Abang juga.

Pilu hati aku. Tambah aku rasa dikhianati. Bila dia kata, rumah yang kononnya dia sewa tu, sebenarnya rumah adik boss dia yang tak duduk pun. Aku mengamok bila dia beritahu, aku rasa aku dikhianati dekat level yang kau sendiri tak tahu nak luah macam mana.

Aku minta dia hantar aku balik rumah mak ayah aku atau mana mana tempat2 lain. Aku dengan Ryan tak akan duduk rumah tu lagi.Dia marah kan aku, dia m4ki h1na aku. Dia kata kalau bukan sebab perempuan tu bagi rumah, aku dengan Ryan ni tak ada tempat pun nak berteduh. Dia kata aku tak reti berterima kasih. Dia pun ungkit benda benda yang aku tak pernah sangka.

Kata dia, sepanjang kahwin dengan aku dia tak dapat apa apa pun, harta tak ada, apa tak ada. Ingat ke kahwin dengan anak orang kaya boleh senang, tapi tak juga.

Nasib baik kenal dengan perempuan tu, ajar bisnes. Dia lepas kahwin dengan perempuan tu akan sama sama jaga dan manage kedai dekat tempat lain. Aku dan hilang semangat nak menjawab, aku cuma tanya, apa kurang aku dekat mata dia sampai sanggup dia buat aku macam tu?

Dia dengan suara marah marah tu tengking aku bdoh, tak cantik. Tak macam perempuan lain. Ayat yang paling buat aku remuk malam tu, dia kata nak dekat dengan aku pun tak selera. Sepanjang masa bau minyak angin. Malam tu, aku bawa Ryan tidur bilik sebelah. Ryan yang tak paham apa apa tu, tengok aku menangis dengan mata terkebil kebil hisap susu.

Aku tak minta cerrai dengan Abang, aku masih sayangkan dia. Aku terima semua yang dia kata tu. Sebab aku dah tanya, aku kena la terima jawapan dia. Aku bawa diri sendiri dekat rumah tu lepas dia kahwin. Bila dah kahwin, dia memang jarang balik rumah tengok aku dengan Ryan. Aku buat keputusan, nak balik duduk rumah mak ayah aku. Kalau dia ingat dekat anak, dia tahu la mana nak cari.

Berbulan juga aku duduk rumah mak ayah aku, ada kenduri pula rumah mertua. Anak sedara Abang khatan, jadi ada buat kenduri doa selamat sekali. Aku tahu Abang balik, sebab adik dia ada bagitahu.

Masa dekat dapur rumah mak mertua, aku sibuk bungkus nasi. Aku nampak madu aku ada. Baru sampai, sibuk bersalam dengan ahli keluarga. Keluarga pun excited, semua nak kenal orang baru. Cantik, ya dia memang cantik. AKu pun kenal dia, sebab dia selalu datang dekat kedai abang dia yang aku pernah duduk dulu.

Aku nampak Abang masuk dapur, tegur isteri baru dia. Penuh di mulut panggilan yang manja, suaranya lembut manis sekali. Aku diam saja, sekadar dengar sambil buat kerja. Mungkin dia tiba tiba perasan dan ingat yang dia ada sorang lagi bini dekat situ, dia pun tiba tiba juga terdiam. Bila majlis dah mula reda, bau la dia datang dekat aku, tanya pasal anak.

Hmm, tak tanya pasal aku pun tak apa. Aku tak kisah. Berbulan aku jauh dengan dia pun, dia tak kisah. Sekurangnya, dia tanya juga pasal anak.

Lepas majlis, aku balik. Bila tengok orang pun dah rancak ice breaking dengan orang baru, aku tak mahu makan hati, aku balik.

Malam tu, Abang datang rumah. Aku sendiri terkejut dia datang. Tak pernah la aku terfikir dia nak datang malam tu.

Aku masa tu dalam bilik, nak tidur kan Ryan. Dah sehari suntuk dia bermain dengan sepupu semua, malam tu senang la dia tidur.

Abang masuk bilik, duduk tepi aku. Perlahan lahan dia kata…. Bersambung. Kredit edisimedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *