Tue. Sep 21st, 2021

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan individu yang lengkap dua dos v.aksin C0vid 19 akan mendapat keistimewaan melalui beberapa kelonggaran tertentu yang boleh diberikan kepada mereka.

Perdana Menteri berkata, beliau meminta jawatankuasa pengurusan C0vid 19 untuk menilai semula mereka yang lengkap div.aksinasi itu diberi kelonggaran-kelonggaran sama ada dari segi perjalanan, pergi ke kedai atau makan di restoran.

Beliau berkata, ini merupakan petanda supaya menunjukkan bahawa sementara kerajaan menguruskan C0vid 19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali semula seperti di masa lalu.

“Ini merupakan inisiatif kedepan dan tempoh jangka masa ikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) itu, hanya sehingga akhir tahun.

“Jadi bersabarlah, jangan kata k.erajaan tak bagi tumpuan. Jangan sekali-kali percaya dengan kempen k.erajaan gagal, (minta maaf saya tidak bercakap p.olitik di sini) tapi yakin dengan kerjasama kita, pimpinan dalam kerajaan serta rakyat dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kita boleh menang menghadapi pep.erangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul P.rihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, program tersebut merupakan salah satu usaha yang akan diteruskan di samping langkah-langkah lain yang telah dilaksanakan untuk menguruskan m.asalah C0vid 19.

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan ada sedikit cahaya di hujung terowong kerana v.aksinasi dengan angka terkini mencapai lebih 421,000 dos sehari dan jumlah pemberian itu akan terus bertahan dalam angka itu.

“Selain itu fokus kita adalah di kawasan Greater Klang Valley iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, bahagian selatan Perak dan utara Negeri Sembilan yang kita lihat k.es masih tinggi.

“Saya percaya langkah-langkah tumpuan khusus di kawasan ini, maka k.es C0vid 19 dapat diurus baik,” katanya.

Perdana Menteri pada masa sama yakin proses v.aksinasi berjalan agak baik dan mengikut jadual dan berharap dalam tempoh beberapa hari atau bulan akan datang, pembekalan v.aksin akan meningkat dan bertambah.

Katanya, jadual yang diunjurkan dalam pelan PPN iaitu sebelum akhir tahun, sebahagian besar rakyat sudah mendapat s.untikan.

Kredit : Utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *