Ada Berita Baik Buat 2 Dos Penerima Vaksin Selepas Aidiladha Nanti

KUALA LUMPUR: Kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin COVID-19 akan diumumkan selepas Hari Raya Aidiladha.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ini kajian teliti sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sebelum dibentangkan kepada kerajaan.

“Seperti diumumkan Perdana Menteri bahawa kita akan beri kelonggaran kepada rakyat telah dapat dua dos vaksin, sekarang ini jawatankuasa teknikal sedang mengkaji secara terperinci.

“Siapa yang boleh bergerak, pergerakan dibebaskan untuk dapat dua vaksin, apa sektor perniagaan dilonggarkan apabila dapat dua vaksin.

“Perkara ini sedang diteliti, insya-Allah selepas hari raya (Aidiladha) nanti kita akan umumkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan, ibu negara pada Isnin.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan kelonggaran terhadap penerima lengkap dua dos vaksin minggu ini.

Kriteria kelonggaran SOP individu lengkap dua dos diputuskan MPN minggu depan – PM

Kriteria kelonggaran SOP individu lengkap dua dos diputuskan MPN minggu depan - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memutuskan kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin pada Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan tersebut akan mengambil kira kriteria-kriteria kelonggaran yang akan diberikan kepada kumpulan tersebut.

Jelas beliau, ia kemungkinan termasuk mempertimbangkan kebenaran merentas daerah.

“Ini kita akan selesaikan dalam mesyuarat kita minggu depan dan lepas itu kita akan umumkan kepada siapa yang sudah dapat dua, dos apakah kelonggaran yang akan diberikan agar mereka tidak terikat dengan keadaan sebegini begitu lama.

“Ini kerana mesti ada kebebasan dan kelebihan terutama untuk keluar walaupun tak rentas negeri, pertama pun rentas daerah dulu selepas itu untuk mereka berbelanja di kedai-kedai,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), anak syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga), di sini.

Hadir sama Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Jelas Perdana Menteri lagi, keputusan tersebut akan turut mengambil kira pembukaan sektor ekonomi, dengan syarat industri bersedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak mempunyai kes COVID-19.

Katanya, premis berkenaan boleh dipertimbangkan untuk dibuka lebih awal dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya pengusaha menjalankan ujian saringan kepada pekerja sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Ini adalah langkah-langkah susulan dan bagi saya PPN ada lebih jelas dan telus kerana ada pihak yang tidak berapa yakin tetapi saya yakin dengan langkah vaksinasi yang lebih cepat dan cara kira menguruskan COVID-19 dan apa yang berkaitan dengan ekonomi dan sosial supaya ada kelonggaran sektor-sektor sosial.

“Tetapi penting rakyat tidak boleh ambil mudah dengan tidak patuh SOP. Penjarakan sosial masih penting, pakai pelitup muka perlu dan sanitasi tangan wajib.

“Kalau itu dipatuhi, saya percaya macam yang kita unjurkan sebelum akhir tahun, mungkin kita akan selesai. Masalah vaksinasi secara berperingkat dan keadaan kembali normal,” tambah Perdana Menteri.

Sumber : awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: